Covid-19: Lapan daerah zon jingga kini bertukar status

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu berhasil apabila lapan daerah di seluruh negara yang diletakkan di bawah zon jingga semalam kini bertukar kepada zon kuning dengan kes positif Covid-19 antara satu hingga 20 kes.

Ini menjadikan tiada daerah berada di bawah zon jingga sekali gus menjadikan zon kuning meningkat kepada 71 daerah.

Antara daerah yang bertukar status ialah Gombak (16 kes), Cheras (38 kes), Dungun (28 kes) dan Muar (24 kes).

Putrajaya sebelum diletakkan di bawah zon merah juga bertukar status kepada zon kuning dengan 30 kes masih aktif.

Bagaimanapun, daerah berstatus zon merah kekal 13 dengan kebolehjangkitan melebihi 41 kes.

Lembah Pantai masih merekodkan kes tertinggi dengan 273 kes aktif, Petaling 107 kes, Hulu Langat 81 kes, Klang 44, Kepong 70 dan Titiwangsa 51.

Selain itu, Johor Bahru (75 kes) dan Kluang (86 kes) Kuching (212 kes) dan Kota Samarahan (67 kes).

Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan masing-masing mempunyai satu daerah bersatus zon merah iaitu Kuantan (72 kes), Melaka Tengah (60 kes) dan Seremban (92 kes).

Artikel Berkaitan:

Setakat jam 12 tengah hari semalam, sebanyak 5532 kes positif Covid-19 direkodkan di negara ini dengan hanya 1,987 kes yang masih di rawat di hospital.

Semalam, Perlis mencatat rekod sebagai negeri pertama bebas daripada jangkitan Covid-19 apabila 18 kes positif sebelum ini disahkan pulih sepenuh.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi melindungi negeri, daerah dan mukim zon hijau.