JKN Sabah nafi pesakit positif Covid-19 di Kudat melarikan diri

Kenyataan dikeluarkan Pasukan Respon Pantas KKMM.
Kenyataan dikeluarkan Pasukan Respon Pantas KKMM.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasukan Respon Pantas di bawah kendalian Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menyangkal dua berita palsu yang tular di media sosial hari ini.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sabah menafikan dakwaan terdapat sebuah klinik swasta di daerah Sandakan ditutup pada 19 hingga 28 April berikutan satu kes sporadik Covid-19 yang mendapatkan rawatan awal di klinik tersebut.

"Menurut JKN Sabah, sebenarnya klinik tersebut ditutup kerana melaksanakan aktiviti disinfeksi," kata kenyataan Pasukan Respon Pantas KKMM sebentar tadi.

Selain itu, JKN Sabah turut menafikan dakwaan bahawa seorang pesakit positif Covid-19 di Kudat telah melarikan diri dengan menaiki kereta Perodua Kancil dan kononnya sedang diburu oleh pihak polis.

Artikel Berkaitan: