Covid-19: WHO gesa AS pertimbang semula beku dana

 Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam meminta Amerika Syarikat (AS) mempertimbangkan semula keputusan untuk membekukan dana kepada pertubuhan itu dan berharap AS terus menyokong usaha WHO.
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam meminta Amerika Syarikat (AS) mempertimbangkan semula keputusan untuk membekukan dana kepada pertubuhan itu dan berharap AS terus menyokong usaha WHO.
A
A
A

BEIJING - Agensi berita Xinhua melaporkan di Geneva, Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam meminta Amerika Syarikat (AS) mempertimbangkan semula keputusan untuk membekukan dana kepada pertubuhan itu dan berharap AS terus menyokong usaha WHO.

"AS telah menyokong WHO selama ini dan menjadi penyumbang nombor satu (WHO). Kami menghargainya," kata Tedros Adhanom Ghebreyesus pada taklimat.

Sementara itu, Romania akan menarik balik sekatan pergerakan di seluruh negara selepas 15 Mei, apabila darurat berakhir, umum Presiden Klaus Iohannis semalam.

"Selepas 15 Mei...kita tidak akan lanjutkan sekatan pergerakan kepada individu, dibenarkan bergerak tanpa perlu beritahu sebab dan mana nak pergi," katanya.

Perdana Menteri Finland Sanna Marin berkata, pada Mei negara ini mungkin akan mengumumkan sekatan pergerakan dilonggarkan secara berperingkat, sambil memberi amaran keadaan Covid-19 masih serius.

Berhubung keputusan sama ada sekolah akan dibuka semula, beliau berkata risiko wabak perlu dipertimbangkan terutama kepada murid dan pelajar yang mengalami kesulitan mengikuti pembelajaran dalam talian.

Gabenor Joao Doria berkata, mulai 11 Mei, Sao Paulo yang menjadi pusat wabak Covid-19, beransur-ansur melonggarkan sekatan pergerakan bermula 24 Mac.

Langkah penjarakan sosial akan dilonggarkan mengikut wilayah, bergantung keadaan setempat, katanya pada sidang media. - Bernama

Artikel Berkaitan: