Ajal tiga beranak

Kenderaan yang dinaiki merempuh lori dalam kemalangan di Kilometer 63, Jalan Gua Musang-Kuala Krai.
Kenderaan yang dinaiki merempuh lori dalam kemalangan di Kilometer 63, Jalan Gua Musang-Kuala Krai.
A
A
A

GUA MUSANG - [DIKEMASKINI] Tiga beranak maut apabila kenderaan yang dinaiki merempuh lori dalam kemalangan di Kilometer 63, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.35 pagi itu menyebabkan pemandu kereta, Siti Rasyidah, 21, bapanya, Aidrus Ibrahim, 72, dan ibunya, Gayah Che Hassan, 65, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, mangsa yang beralamat di Kampung Awah, Paloh Rawa, Machang dalam perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Krai.

Katanya, tiba di lokasi kejadian berhampiran Kampung Sungai Lakit, kenderaan Produa Viva yang dinaiki mereka hilang arah lalu memasuki laluan bertentangan.

No Image Caption

"Mangsa tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan lori dari arah Kuala Krai ke Gua Musang sehingga menyebabkan keretanya remuk.

"Tiga mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian kerana kecederaan parah di bahagian badan dan kepala manakala pemandu lori bersama dua kelindannya hanya mengalami kecederaan.

"Kesemua mangsa dibawa Hospital Gua Musang (HGM). Tiga mangsa dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kes itu disiasat mengikut Sek 41(1) APJ 1987.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (BBPM) daerah, Penolong Penguasa Bomba, Anuar Abas, berkata pihaknya mengambil masa lebih setengah jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk.