Persediaan menyambut Ramadan
Umat Islam beratur panjang untuk membeli barang basah sebagai persiapan menyambut Ramadan esok, dengan mengamalkan penjarakan sosial dan memakai penutup hidung dan mulut di Kompleks Pasar dan Balai Rakyat Bayan Baru hari ini. - Foto Bernama
Umat Islam membeli barang keperluan sebagai persiapan menyambut Ramadan esok, dengan mengamalkan penjarakan sosial dan memakai penutup hidung dan mulut di Kompleks Pasar dan Balai Rakyat Bayan Baru hari ini. - Foto Bernama
Pemilik premis menjual ayam mengambil inisiatif dengan membuat penghadang diperbuat daripada plastik bagi memastikan pembeli dapat mengekalkan penjarakan sosial sebagai langkah mengekang penularan COVID-19 ketika tinjauan di Bukit Tok Beng hari ini. - Foto Bernama
Penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) Nurul Al-Hafez Mat Dagang (tengah) menggunakan pembesar suara bagi memastikan orang ramai yang mengekalkan penjarakan sosial sebagai langkah membendung penularan COVID-19 ketika membeli barangan basah di Pasar Borong Gong Pauh hari ini. - Foto Bernama
Orang ramai membeli barangan basah seperti ikan, sotong dan udang sebagai persediaan bagi menyambut Ramadan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika di Pasar Borong Gong Pauh hari ini. - Foto Bernama
A
A
A