Ramai setuju majlis pernikahan diadakan selepas PKP

Undian secara dalam talian di Facebook Sinar Harian bagi mendapatkan pendapat netizen.
Undian secara dalam talian di Facebook Sinar Harian bagi mendapatkan pendapat netizen.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 77 peratus responden yang menyertai undian di laman Facebook Sinar Harian bersetuju majlis pernikahan ditangguhkan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat manakala 23 peratus lagi bersetuju majlis pernikahan dilakukan secara dalam talian.

Menerusi undian bermula jam 4.30 petang kelmarin sehingga 4.30 petang semalam, rata-rata responden memberikan pelbagai komen.

“Nikah sajalah, benda elok buat apa hendak ditangguh,” komen pengguna Facebook bernama Mohd Azman.

“Kalau PKP sehingga tahun depan, saya buat atas talian. Kalau tidak lama lagi PKP tamat, saya nikah seperti biasa,” komen pengguna Facebook bernama Zaid Farhan.

Terdapat juga komen daripada responden berkata, pernikahan secara dalam talian dapat menjimatkan kos.

“Nikah atas talian je, dapat jimat kos sebab tiada kenduri-kendara. Kan bagus tu,” komen pengguna Facebook bernama Mohd Aidil.

Ada juga yang berpendapat bahawa seeloknya pernikahan diadakan selepas tamat PKP.

“Tunggu sajalah PKP tamat, tak sabar betul nak kahwin,” komen pengguna Facebook bernama Harris Ciel.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, ada juga yang berseloroh melalui komen-komen berkenaan.

“Yang mana nak nikah satu lagi tu saya cadangkan tangguh dulu sebab takut kantoi, nanti lari tak cukup tanah,” gurau pengguna Facebook bernama Zack Zakuan.

Nikah 'online' telah dibenarkan di beberapa negeri susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di negara...

Posted by Sinar Harian on Tuesday, April 21, 2020