Video persenda agama: Tempoh reman dua rakan disambung

Polis sambung reman dua individu yang disiasat kerana mempersendakan agama Islam.
Polis sambung reman dua individu yang disiasat kerana mempersendakan agama Islam.
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki dan wanita yang ditahan selepas mempersendakan agama Islam Ahad lalu disambung reman selama tiga hari sehingga Jumaat ini bagi melengkapkan siasatan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, permohonan itu dibuat selepas reman kedua-dua mereka yang berusia 20 tahun itu tamat hari ini.

“Reman disambung selama tiga hari sehingga Jumaat ini,” katanya ringkas.

Polis menahan kedua-dua suspek selepas video berdurasi 28 saat itu memaparkan seorang lelaki melakukan solat dengan tunduk seperti sujud dan berdoa sambil ketawa itu tular dan disifatkan netizen sebagai tidak menghormati agama Islam.

Mereka ditahan dalam serbuan rumah berasingan di Taman Kledang, Menglembu dan Taman Silibin Ria di sini dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan melukakan perasaan umat Islam.

Kedua-duanya yang mengaku terlibat dalam video berkenaan dan melakukannya atas niat bergurau itu turut disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

ARTIKEL BERKAITAN: Video persenda agama: Dua rakan mengaku niat bergurau

Artikel Berkaitan: