PKPD: Hanya Menara Plaza City One rekod kes positif Covid-19

Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilihat kekal bertugas meskipun dalam keadaan hujan lebat di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berhampiran Menara City One hari ini. Foto: Bernama

A
A
A

PUTRAJAYA - Hanya Menara Plaza City One yang kini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) merekodkan kes positif baharu Covid-19 dengan 11 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan kes positif kawasan itu 51 kes.

"Lain-lain lokaliti PKPD tidak merekodkan sebarang kes positif setakat jam 12 tengah hari ini," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini kes Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini hari ini.

Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tetap berkawal meskipun dalam keadaan hujan lebat di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketakan (PKPD) berhampiran Menara City One hari ini. Foto: Bernama

Menurutnya, bagi laporan 32 kluster yang aktif, hanya Kluster Pasenteren yang melibatkan Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan satu kes baharu.

"Jumlah keseluruhan Kluster Pasenteren adalah 55 kes yang mana kesemuanya masih dalam rawatan," katanya.

Menyentuh mengenai Kluster Tabligh, beliau berkata, KKM telah membuat saringan terhadap 29,400 dan mengambil 28,211 sampel.

"Daripada jumlah itu, 1,978 disahkan positif. Kluster tersebut telah menjangkiti lima generasi," katanya.

Artikel Berkaitan: