Sila log masuk terlebih dahulu.

PDRM, SKMM buka 237 kertas siasatan kes berita palsu Covid-19

Ismail Sabri ketika sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
Ismail Sabri ketika sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuka 237 kertas siasatan berkaitan berita palsu koronavirus (Covid-19) setakat semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia adalah pertambahan sebanyak lapan kes berbanding hari sebelumnya iaitu 229 kertas siasatan dibuka.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 169 masih dalam siasatan manakala 24 kes telah didakwa di mahkamah dan 13 telah mengaku salah. Selain itu, 11 diberikan notis amaran,” katanya pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Menyentuh mengenai pusat kuarantin, beliau berkata, setakat hari ini, sebanyak 196 pusat kuarantin telah beroperasi berbanding 193 hari sebelumnya.

“Ia melibatkan 16,154 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib. Semalam, seramai 738 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dan telah dikuarantin wajib.

“Sehingga kini seramai 15,946 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara telah dikuarantin wajib sejak 3 April 2020. Sejak 17 April, 4,218 individu telah selesai menjalani tempoh kuarantin wajib dan dibenarkan pulang,” katanya.

Artikel Berkaitan: