Covid-19: Kematian di Indonesia kini 635 kes, kes positif 7,418

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JAKARTA - cmenjadikan jumlah kematian kini meningkat kepada 635 kes.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkaitan Covid-19 Achmad Yurianto berkata, bagi tempoh antara 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini juga terdapat sebanyak 283 jangkitan baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kini meningkat kepada 7,418.

"Sebanyak 17,754 pesakit masih dalam pengawasan virus Covid-19 di Indonesia," katanya dalam sidang akhbar harian yang disiarkan secara langsung di YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia.

Provinsi Jakarta mencatat kematian tertinggi iaitu sebanyak 301 kes diikuti Jawa Barat (71 kes), Jawa Timur (58), Jawa Tengah (52) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. - Bernama

Artikel Berkaitan: