Padah keluar rumah mahu berbual dengan rakan

Tertuduh, Shohed Ullah dipenjara sebulan kerana mengaku salah ingkar PKP dengan keluar rumah untuk bersembang di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Tertuduh, Shohed Ullah dipenjara sebulan kerana mengaku salah ingkar PKP dengan keluar rumah untuk bersembang di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang warga Bangladesh dijatuhi hukuman sebulan penjara selepas mengaku salah ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan keluar rumah pada waktu malam semata-mata hendak berbual dengan rakan.

Tertuduh, Shohed Ullah yang tinggal di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Nerus didakwa bergerak di tepi sebuah rumah tidak bernombor yang masih dalam pembinaan jam 10.50 malam pada 13 April lalu.

Dia yang bekerja sebagai tukang cuci kereta didakwa melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020.

Jika disabitkan kesalahan, dia berdepan hukuman denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, tertuduh yang didapati tinggal di negara ini melebihi tempoh dibenarkan turut didakwa di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(4) akta sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan sebelum mahkamah menetapkan 3 Mei depan untuk sebutan semula kes di Mahkamah Khas Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Ajil, Hulu Terengganu.

Pendakwaan bagi kedua-dua pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Ka Full di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mohd Asaari Salleh.

Artikel Berkaitan:

Nordiana mengarahkan hukuman penjara berjalan pada tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 13 April lalu dan selesai menjalani hukuman penjara, tertuduh perlu diserahkan kepada pihak Imigresen untuk tindakan selanjutnya.

Di mahkamah sama, tertuduh, Mohd Farid Sulong,32, dijatuhi hukuman empat hari penjara dan denda RM1,000 atau sebulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda selepas mengaku ingkar PKP kerana hendak membeli rokok di tepi jalan Kampung Baru Tepoh di sini jam 10 malam semalam.