X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 24 Oktober 2021

AS gantung sementara kemasukan imigran miliki kad hijau

Amerika Syarikat negara yang terkesan teruk akibat Covid-19. -Foto AFP
A
A

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) akan menghentikan kemasukan imigran yang memiliki kad hijau selama 60 hari, kata Presiden Donald Trump pada semalam.

"Saya akan mengeluarkan perintah penangguhan sementara kemasukan imigran ke Amerika Syarikat.

"Dengan menghentikan sementara, kita akan membantu rakyat Amerika yang menganggur untuk mendapatkan pekerjaan. Salah jika kita menggantikannya dengan buruh imigran baharu yang dibawa dari luar negara," kata Trump pada taklimat di Rumah Putih lapor agensi berita Xinhua.

Trump berkata, pekerja ladang bermusim tidak tertakluk di bawah langkah baharu itu.

Beliau berkata, peguam masih menyelesaikan maklumat terperinci mengenai perintah eksekutif mengenai perkara itu.

"Kemungkinan kita akan tandatanganinya esok," katanya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!