Masih ramai lagi degil langgar PKP!

Polis menahan beberapa individu kerana melanggar PKP dengan berkumpul di sebuah rumah.
Polis menahan beberapa individu kerana melanggar PKP dengan berkumpul di sebuah rumah.
A
A
A

BUTTERWORTH - Seramai 27 individu termasuk empat warga asing ditahan di beberapa lokasi kerana didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kesemua mereka ditahan di beberapa lokasi iaitu di Kepala Batas, Butterworth dan Mak Mandin.

Menurutnya, walaupun PKP telah memasuki fasa ketiga, namun masih ramai lagi yang tidak mematuhi perintah tersebut.

"Ketika menjalankan tugas pemantauan pematuhan PKP semalam, kita menahan 27 orang iaitu 22 lelaki dan dua wanita tempatan serta empat warga asing iaitu tiga warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh berusia lingkungan 20 hingga 60 tahun.

"Empat daripada lelaki tempatan ditahan di Butterworth kerana berkumpul di sebuah restoran manakala lima lelaki dan seorang wanita tempatan ditahan ketika sedang berkumpul di sebuah rumah di Permatang Bendahari, Kepala Batas.

Kesemua yang ditahan dibawa ke mahkamah untuk reman pagi ini.
Kesemua yang ditahan dibawa ke mahkamah untuk reman pagi ini.

"Empat warga asing ditahan kerana berada di luar rumah tanpa alasan kukuh," katanya ketika dihubungi tadi.

Beliau berkata, polis telah memberi amaran pertama agar bersurai, namun mereka masih berdegil.

Artikel Berkaitan:

"Apabila rondaan kedua dibuat, mereka didapati masih berkumpul di lokasi sama.

"Sehubungan itu, polis terus menahan mereka dan akan dibawa ke mahkamah untuk reman pagi ini. Ada antara mereka mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Katanya, kesemua ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan (11) 1 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Berjangkit) 2020.