Penuntut UiTM guna pencetak 3D hasil 300 pelindung muka

Penuntut dan kakitangan UiTM Terengganu mengambil masa selama 45 hingga 55 minit untuk menghasilkan setiap satu pelindung muka menggunakan teknologi percetakan 3D.
Penuntut dan kakitangan UiTM Terengganu mengambil masa selama 45 hingga 55 minit untuk menghasilkan setiap satu pelindung muka menggunakan teknologi percetakan 3D.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun dan Bukit Besi memanfaatkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menghasilkan 300 pelindung muka menggunakan teknologi percetakan 3D untuk kegunaan petugas klinik berhampiran.

Projek melibatkan 10 penuntut itu dibantu 12 kakitangan universiti termasuk pensyarah dan kakitangan Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) UiTM Terengganu.

Koordinator Program FKE, Dr Baktiar Musa berkata, projek itu adalah tanggungjawab sosial (CSR) UiTM membantu menyelesaikan masalah kekurangan pelindung muka di hospital dan klinik kesihatan sekitar Dungun.

"Memandangkan FKE dan FKM mempunyai pencetak 3D, kami rasa terpanggil untuk turut serta dalam membantu usaha kerajaan mengatasi masalah kekurangan pelindung muka yang dihadapi oleh pihak hospital.

"Walaupun bilangan yang dihasilkan agak terhad, sedikit sebanyak kami dapat menyumbang tenaga dan kepakaran kepada masyarakat setempat,” katanya.

Pelajar dan kakitangan UiTM Terengganu menghasilkan pelindung muka untuk kegunaan kakitangan kesihatan.
Pelajar dan kakitangan UiTM Terengganu menghasilkan pelindung muka untuk kegunaan kakitangan kesihatan.

Menurutnya, pelindung muka dihasilkan dengan menggunakan reka bentuk oleh FKM Shah Alam itu diperbaiki bagi kesesuaian pencetak 3D yang digunakan.

"Setiap satu pelindung muka mengambil masa 45 hingga 55 minit untuk dihasilkan. Secara purata sebanyak 10 hingga 15 unit dapat disiapkan dalam sehari.

Artikel Berkaitan:

"Bingkai yang boleh dikitar semula menjadi antara kelebihan penggunaan teknologi itu yang akan dapat menampung keperluan pada masa akan datang," katanya.

Pelindung muka dinyahkuman terlebih dahulu sebelum diserahkan ke klinik berhampiran untuk kegunaan di pusat kesihatan dan pusat kuarantin pesakit Covid-19.
Pelindung muka dinyahkuman terlebih dahulu sebelum diserahkan ke klinik berhampiran untuk kegunaan di pusat kesihatan dan pusat kuarantin pesakit Covid-19.

Selain itu, katanya, FKM turut menghasilkan pelindung muka dengan menggunakan span sebagai bingkai dengan kerjasama pelajar di kampus Bukit Besi.

"Sebanyak 300 unit pelindung muka diserahkan kepada pusat kesihatan serta pusat kuarantin di daerah Dungun.

"Bagi menjamin keselamatan pengguna, pelindung muka akan dinyah kuman sebelum diserahkan kepada pusat yang terpilih," katanya.

Berdasarkan perkembangan semasa, daerah Dungun mencatat rekod tertinggi dengan bilangan kumulatif kes sebanyak 38 dengan 28 kes masih dirawat sehingga jam 12 tengah hari semalam.