X

Kindly register in order to view this article
!

KKM alu-alukan kerjasama pengamal perubatan swasta tangani Covid-19

Adham
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengalu-alukan penyertaan dan kerjasama pengamal perubatan swasta untuk membantu memberikan perkhidmatan kesihatan dalam usaha menangani dan membendung penularan wabak Covid-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, perkhidmatan tersebut boleh dilakukan sama ada di fasiliti kesihatan KKM atau di penempatan tertentu yang lain mengikut lokaliti terdekat dengan lokasi pengamal perubatan yang berkenaan.

"Kerajaan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) menawarkan bayaran perkhidmatan sebagai penghargaan ke atas sumbangan yang diberikan dalam waktu pandemik Covid-19 ini.

"KKM menghargai keprihatinan pelbagai pihak yang menyatakan kesediaan untuk bersama dengan KKM mengharungi tempoh mencabar ini khususnya dalam usaha menangani dan membendung penularan wabak Covid-19," katanya dalam kenyataan malam ini.

Dr Adham berkata, pengamal perubatan swasta yang berminat boleh mendaftar penyertaan di pautan khas disediakan dalam portal http://www.moh.gov.my.- Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!