X

Kindly register in order to view this article
!

Permim sambut baik pelantikan Shahul Hameed sebagai CEO HRDF

A
A

SHAH ALAM - Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (Permim) menyambut baik pengumuman pelantikan Shahul Hameed Shaikh Dawood sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.

Presidennya, Dhajudeen Shahul Hameed dalam satu kenyataan berkata, pelantikan tersebut bertepatan dengan pengalaman luas yang dimiliki Shahul Hameed dalam dunia korporat dan berjaya menerajui MyEvents International di peringkat antarabangsa.

"Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Sumber Manusia yang berani dan bijaksana dalam mengutamakan kebolehan serta kelayakan individu bagi menerajui badan yang dikhususkan untuk membangunkan kemahiran sumber manusia di negara ini.

"Keupayaan para pekerja yang dihasilkan dapat menyumbang secara positif dalam pembangunan ekonomi yang berdasarkan Revolusi Perindustrian 4.0.

"MyEvents International merupakan firma yang terkenal dalam penganjuran pameran serta persidangan antarabangsa dan konsert persembahan pentas oleh artis terkenal di peringkat antarabangsa serta tempatan," katanya hari ini.

Katanya, pengalaman dan kelayakan ini amat penting bagi membimbing HRDF dalam usaha memulihkan ekonomi lembab susulan pandemik koronavirus (Covid 19) yang melumpuhkan keseluruhan ekonomi dunia.

"Malangnya terdapat segelintir pihak telah melempar fitnah tidak berasas dan berunsur prejudis kaum serta agama untuk membantah pelantikan Shahul Hameed," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus