KKM belum putuskan PKP ditamatkan atau sebaliknya

Anggota polis bersama tentera dan Rela terus melakukan sekatan jalan raya untuk memeriksa kenderaan yang melalui jalan utama di Felda Mempaga, Bentong hari ini.
Sekatan jalan raya yang dilakukan di seluruh negara sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah kerajaan untuk membendung penularan virus COVID-19 di negara ini. - Foto Bernama
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian berkata kes positif COVID-19 dalam negara yang terus menunjukkan penurunan bukan bermakna orang ramai boleh melanggar segala peraturan PKP dan beliau mengingatkan, segala peraturan selama ini masih terus kekal dan pematuhan kepada peraturan berkenaan perlu menjadi tanggungjawab semua pihak.
--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA
Anggota polis bersama tentera dan Rela terus melakukan sekatan jalan raya untuk memeriksa kenderaan yang melalui jalan utama di Felda Mempaga, Bentong hari ini. Sekatan jalan raya yang dilakukan di seluruh negara sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah kerajaan untuk membendung penularan virus COVID-19 di negara ini. - Foto Bernama Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian berkata kes positif COVID-19 dalam negara yang terus menunjukkan penurunan bukan bermakna orang ramai boleh melanggar segala peraturan PKP dan beliau mengingatkan, segala peraturan selama ini masih terus kekal dan pematuhan kepada peraturan berkenaan perlu menjadi tanggungjawab semua pihak. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak dapat memberi kepastian sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan di seluruh negara sejak 18 Mac lalu akan ditamatkan atau sebaliknya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kementeriannya masih sedang memantau data-data yang diperoleh setiap hari.

"Sama ada PKP disambung atau tidak, kita masih belum lagi membuat sebarang keputusan," katanya.

Menurutnya, apa yang pasti, sekiranya kerajaan memutuskan untuk menamatkan PKP, terdapat enam kriteria yang digariskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) perlu dipenuhi.

"Yang pertama adalah kawalan sempadan yang mana berkemungkinan datang ke negara ini membawa penyakit," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, selain pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), WHO turut menggariskan sistem kesihatan.

"Ia melibatkan kapasiti makmal dan sistem keselamatan di wad serta unit rawatan rapi (ICU)," katanya.

Beliau berkata, kerajaan perlu mengambil tindakan untuk melindungi golongan berisiko tinggi termasuklah mereka yang mempunyai penyakit kronik lain dan berada dalam rawatan kimoterapi.

Artikel Berkaitan:

"WHO turut menggariskan rakyat perlu bersama dengan kerajaan dengan melaksanakan normal baharu selain mengenalpasti kawasan dan langkah-langkah pencegahan jangkitan Covid-19," katanya.

Terdahulu KKM telah mengesan 95 individu daripada luar negara dijangkiti wabak itu.

"Daripada 95, 68 daripadanya mereka adalah dari Indonesia, 12 dari United Kingdom, lima dari Singapura, dan empat dari Turki, tiga dari Belanda dan dua dari Amerika Syarikat dan seorang dari Perancis," katanya.