Kusyen wajah isteri pengubat rindu suami

Ken memeluk erat kusyen wajah isterinya bagi mengubat kerinduan.- Foto Thistleton Lodge
Ken memeluk erat kusyen wajah isterinya bagi mengubat kerinduan.- Foto Thistleton Lodge
A
A
A

PRESTON - Veteran Perang Dunia Kedua menangis menerima sebiji kusyen tertera wajah isteri kesayangan yang meninggal dunia tahun lalu.

Menerusi Metro.uk, Ken Benbow, 94, telah berkahwin dengan Ada Benbow selama 75 tahun sebelum dia meninggal akibat sakit tua.

Dia kemudian tidur dengan foto isterinya disimpan pada bingkai kaca setiap malam, sehingga penjaganya, Kia Mariah Tobin, 17, memberi amaran dan nasihat agar berhati-hati kerana bingkai kaca itu boleh mencederakannya ketika tidur.

Atas rasa prihatin, staf pusat jagaannya telah menghadiahkan Ken sebiji kusyen menampilkan foto isterinya di Thistleton Lodge, di Preston, England.

Sebelum ini tular di laman sosial, sebuah video menunjukkan reaksi Ken menangis terlalu gembira menerima kusyen kerana ada wajah isteri yang amat dirinduinya.

Ken menyifatkan hadiah itu adalah yang paling indah.

"Dia (isteri) adalah wanita paling terbaik di dunia, isteri yang paling penyayang dan cantik. Dia tidak pernah melakukan perkara yang salah sepanjang hidupnya," katanya.

Ditanya adakah dia lebih suka merangkul kusyen daripada bingkai foto, Ken berkata: "Pasti. Saya memeluknya, saya boleh 'berbual', sangat cantik, lembut dan indah."

Artikel Berkaitan: