1.5 juta permohonan i-Lestari KWSP diluluskan: Tengku Zafrul

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
A
A
A

KUALA LUMPUR - Setakat 17 April, 2020, sebanyak 1.5 juta permohonan i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah diluluskan melibatkan pengeluaran sebanyak RM702 juta bagi bulan Mei 2020, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Melalui permohonan tersebut yang dianggarkan berjumlah RM40 bilion, pencarum KWSP boleh memilih untuk mengeluarkan RM500 sebulan selama 12 bulan daripada Akaun 2 KWSP mereka bagi meringankan beban yang dihadapi.

Dalam perkongsian laporan kedua Pencapaian Prihatin - Laksana di laman Facebook beliau, Tengku Zafrul berkata, permohonan tersebut diharap dapat meringankan beban mereka semasa negara menghadapi kesulitan ekonomi disebabkan wabak koronavirus (Covid-19).

Artikel Berkaitan: