Covid-19: Rembau zon merah pertama tiada kes aktif

Rembau lokasi zon merah pertama tidak merekodkan kes aktif setakat tengah hari semalam.
Rembau lokasi zon merah pertama tidak merekodkan kes aktif setakat tengah hari semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Daerah Rembau di Negeri Sembilan yang juga antara 30 zon merah koronavirus (Covid-19) menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila tiada kes aktif wabak itu direkodkan setakat tengah hari semalam.

Menurut info grafik Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikongsi melalui media sosial rasmi KKM hari ini, jumlah keseluruhan zon merah Covid-19 di seluruh negara turut kekal dengan 30 daerah.

Data itu juga menunjukkan bilangan lokasi zon merah dengan jumlah kes aktif lebih 40 menurun kepada 13 daerah semalam berbanding 17 daerah pada Ahad.

Daerah terlibat ialah Petaling, Hulu Langat dan Klang, Selangor; Kepong, Lembah Pantai dan Titiwangsa, Kuala Lumpur; Melaka Tengah, Melaka; dan Seremban, Negeri Sembilan; Kuantan, Pahang; Johor Bharu dan Kluang, Johor serta Kuching dan Kota Samarahan, Sarawak.

Sementara itu, tujuh zon merah dengan kes aktif antara 21 hingga 40 melibatkan Gombak, Selangor; Cheras, Kuala Lumpur; Putrajaya; Jasin, Melaka; Kulai dan Muar, Johor; dan Tawau di Sabah.

Sebanyak sembilan zon merah pula merekodkan kes aktif 1 hingga 20 iaitu Kota Bharu, Kelantan; Hilir Perak dan Kinta, Perak; Sepang dan Hulu Selangor, Selangor; Batu Pahat, Johor; Jerantut, Pahang; serta Kota Kinabalu dan Lahad Datu, Sabah.

Zon merah mewakili jumlah positif Covid-19 melebihi 41 kes, zon jingga (21-40 kes), zon kuning (1-20 kes) dan zon hijau tiada kes.

Selangor masih mencatat bilangan kes positif Covid-19 tertinggi dengan 1,345 kes.

Artikel Berkaitan:

Berikut adalah senarai penuh lokasi zon merah dengan jumlah kes aktif seluruh Malaysia:

Perak

Hilir Perak: 65 kes 2 kes aktif

Kinta: 94 kes 7 kes aktif

Selangor

Sepang: 71 kes 17 kes aktif

Petaling: 374 kes 111 kes aktif

Hulu Langat: 446 kes 106 kes aktif

Gombak: 144 kes 33 kes aktif

Klang: 173 kes 68 kes aktif

Hulu Selangor: 50 kes 7 kes aktif

Kuala Lumpur

Cheras: 85 kes 39 kes aktif

Kepong: 159 kes 84 kes aktif

Lembah Pantai: 629 kes 343 kes aktif

Titiwangsa: 134 kes 57 kes aktif

Putrajaya: 77 kes 33 kes aktif

Negeri Sembilan

Seremban: 307 kes 113 kes aktif

Rembau: 53 kes 0 kes aktif

Melaka

Jasin: 68 kes 42 kes aktif

Melaka Tengah: 88 kes 65 kes aktif

Pahang

Kuantan: 121 kes 73 kes aktif

Jerantut: 72 kes 11 kes aktif

Johor

Batu Pahat: 53 kes 13 kes aktif

Kluang: 222 kes 86 kes aktif

Johor Bharu: 193 kes 72 kes aktif

Muar: 48 kes 24 kes aktif

Kulai: 45 kes 23 kes aktif

Kelantan

Kota Bharu: 90 kes 6 kes aktif

Sarawak

Kuching: 264 kes 221 kes aktif

Kota Samarahan: 62 kes 55 kes aktif

Sabah

Tawau: 80 kes 33 kes aktif

Kota Kinabalu: 44 kes 17 kes aktif

Lahad Datu: 42 kes 10 kes aktif

Jumlah: 4,353 kes 1,771 kes aktif - Bernama