Kucing Bisu menangis terkena jangkitan

Perkongsian Amir Mirzax di Twitternya.
Perkongsian Amir Mirzax di Twitternya.
A
A
A

SHAH ALAM - Seekor kucing yang diberikan nama Bisu oleh tuannya 'menangis' tanpa mengeluarkan suara ketika dalam perjalanan ke klinik haiwan.

Perkara itu dikongsikan melalui ciapan Twitter Amir Mirzax setelah kucingnya didapati dijangkiti Feline Infectious Peritonitis (FIP), iaitu virus yang sering menyerang kucing.

Video berkenaan memaparkan Bisu cuba untuk mengiau tetapi tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

Mata Bisu juga pada waktu itu berlinangan air mata, mengundang lagi rasa sebak dalam kalangan netizen.

“Namanya Bisu sebab dia tidak boleh mengiau dan sekarang doktor mengesyaki dia telah dijangkiti virus.

“Dia menangis, saya tak boleh melihatnya,” tulis Amir.

Netizen turut mendoakan kesihatan Bisu dengan mengirimkan gambar kucing mereka pada ruangan komen.

“Hai Bisu, Tommy ni. Semoga cepat sembuh tau,” komen pengguna Twitter bernama Raff.

Artikel Berkaitan:

“Cepat sembuh Bisu, Snow White ada di sini menyokong Bisu,” komen pengguna Twitter bernama Puteri.

Melalui bebenang, Amir berkata kucing tersebut mengalami kesukaran bernafas.

“Perutnya membesar dan dia sukar bernafas. Terima kasih kepada semua yang mendoakan,” jelasnya.

Ciapan itu mendapat 218,900 tontonan dan 20,100 tanda suka.

Semoga Bisu dapat diubati dan cepat sembuh.