Harga sebiji burger cecah ratusan ringgit?

Foto tular di laman sosial. - Foto MediaCorp
Foto tular di laman sosial. - Foto MediaCorp
A
A
A

SINGAPURA - Penutupan restoran makanan segera McDonald's di negara ini sehingga 4 Mei mendapat perhatian netizen di laman sosial.

Keputusan berkenaan dilakukan kerana tujuh pekerjanya dari enam cawangan disahkan dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19).

[ARTIKEL BERKAITAN] - McDonald’s Singapura gantung semua operasi sehingga 4 Mei

Menurut MediaCorp, hanya beberapa jam selepas pengumuman semua cawangan McDonald's ditutup sementara, beberapa individu mengambil peluang menjual burger Filet-O-Fish, McGriddles dan sos kari melalui atas talian pada harga keterlaluan.

Terdapat individu dipercayai membeli sebiji burger McGriddles Stack pada harga melampau SGD50 (RM153) pada jam 8.30 pagi semalam.

Seorang lagi menyenaraikan burger Filet-O-Fish pada harga SGD70,000, (RM215, 097) walaupun harga sebenar ialah SGD3.20 (RM9) di restoran McDonald's.

Walaupun situasi itu mungkin mencetuskan kemarahan ramai namun netizen menganggapnya sebagai satu jenaka.

Artikel Berkaitan: