X

Kindly register in order to view this article
!

Topeng muka N95 untuk petugas di ICU, wad Covid-19

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah -Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Penggunaan topeng muka jenis N95 diberi keutamaan kepada petugas kesihatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan wad rawatan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagi petugas kesihatan di klinik biasa yang tidak berdepan dengan pesakit Covid-19 boleh menggunakan topeng muka tiga lapisan.

Menurutnya, langkah penggunaan itu bertujuan menjimatkan topeng muka jenis N95 yang diperlukan petugas merawat Covid-19.

"Peralatan perlindungan diri (PPE), topeng muka jenis N95 dikhaskan untuk warga Kementerian Kesihatan atau barisan hadapan yang mengendalikan pesakit di ICU dan wad rawatan Covid-19.

"Mereka yang bukan di wad Covid-19 boleh mengguna topeng muka tiga lapisan tetapi topeng muka jenis N95 perlu digunakan dengan berjimat untuk mereka di wad ICU dan wad Covid-19.

Topeng muka jenis N95
Topeng muka jenis N95

"Tetapi kalau kita tidak ada N95 pun petugas boleh guna face shield (penutup muka) dan topeng muka tiga lapisan untuk mereka yang kerja di klinik dan sebagainya," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai isu kekurangan topeng N95 di Hospital Besar Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Dr Noor Hisham berkata, KKM sentiasa mengagihkan topeng muka terutama jenis N95 termasuk di Sarawak dan Sabah bagi memastikan keperluan tersebut sentiasa ada di setiap hospital yang merawat Covid-19.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!