Gesa tangani kebakaran Hutan Simpan Kuala Langat Selatan

Kebakaran hutan simpan kekal Kuala Langat Selatan. - Foto ROSLI TALIB
Kebakaran hutan simpan kekal Kuala Langat Selatan. - Foto ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LANGAT - Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) menggesa kerajaan mengambil tindakan sewajarnya menangani kebakaran melibatkan kawasan di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan (HSKLS).

Presidennya, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil mendakwa kebakaran itu disengajakan dan Jabatan Alam Sekitar perlu menangani masalah berkenaan.

Beliau berkata, penduduk terutama di Cyberjaya dan Putrajaya mengadu menghidu asap kebakaran.

"Kami menggesa kerajaan negeri dapat memaklumkan status terkini mengenai hutan simpan itu. Kerajaan tidak sepatutnya membenarkan penyahwartaan hutan simpan kekal ini," katanya.

Terdahulu, kira-kira 15 hektar daripada kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan dekat sini dilaporkan terbakar sejak beberapa hari lalu.

Artikel Berkaitan: