Lelaki didenda maksimum ingkar PKP

Tertuduh, Mohd Firdaus didenda RM1,000 selepas mengaku salah ingkar PKP, bagaimanapun tidak mengaku salah atas dakwaan menghalang penjawat awam di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Tertuduh, Mohd Firdaus didenda RM1,000 selepas mengaku salah ingkar PKP, bagaimanapun tidak mengaku salah atas dakwaan menghalang penjawat awam di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki dijatuhi hukuman denda RM1,000 atau sebulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), 17 April lalu.

Keputusan dibuat selepas tertuduh, Mohd Firdaus Ibrahim, 33, dari Manir, di sini mengaku salah mengikut Peraturan 3 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa bergerak dari satu tempat yang lain iaitu di jalan utama simpang tiga Kampung Tualang, Manir, di sini, kira-kira jam 11.30 malam.

Jika disabitkan kesalahan, dia berdepan hukuman denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, tertuduh turut didakwa atas tuduhan menghalang penjawat awam kerana semasa ditahan, dia didakwa melarikan diri serta tidak berhenti ketika diarahkan anggota Lans Koperal Mohd Fyzee Che Zul di lokasi dan waktu yang sama.

Tertuduh, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan itu yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff.

Manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Datuk Fariz Irwan Mustafa dan Mohd Asaari Salleh.

Sejurus pengakuan tidak bersalahnya direkodkan, mahkamah menetapkan 20 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin.

Artikel Berkaitan: