X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Lebih 13,000 sampel ujian pengesanan diambil dari enam PKPD

Dr Noor Hisham bercakap semasa sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 13,277 sampel ujian pengesanan Covid-19 diambil dari enam kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 796 dikesan positif jangkitan wabak berkenaan.

"Terdapat empat kes kematian direkodkan di Bandar Baharu Ibrahim Majid iaitu melibatkan kes ke-1,114; 2,627; 1,649; dan 1,251 serta satu kes di Menara City One," katanya.

Enam kawasan yang diletakkan di bawah PKPD adalah Kampung Ibrahim Majid, Sungai Lui dan sekitarnya, Malayan Mansion, Selangor Mansion, Masjid India dan kawasan sekitarnya dan terkini, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur serta kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur selain Bandar Baharu Ibrahim Majid dan Menara City One.

Menurutnya, PKPD dapat membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan aktiviti pengesanan tertumpu.

"Langkah ini untuk membendung penularan jangkitan Covid-19 seperti bancian penduduk, pengesanan kes aktif rumah ke rumah, pengambilan sampel aktiviti disinfeksi berkaitan dan promosi kesihatan.

"Bagi kes yang disahkan positif Covid-19, mereka diasingkan dan diberi rawatan," katanya.

Menyentuh mengenai kes di PKPD, beliau berkata, tiada kes baharu positif direkodkan di kesemua PKPD tidak termasuk Pusat Bandar Utara Kuala Lumpur dan kawasan Pasar Borong Selayang.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!