Theresa May terselamat undi tidak percaya

Perdana Menteri Britain, Theresa May
Perdana Menteri Britain, Theresa May
A
A
A

LONDON - UNITED KINGDOM. Perdana Menteri Britain Theresa May terselamat daripada undian tidak percaya yang dicetuskan oleh kekalahan memalukan undian usul perjanjian Brexit di Parlimen pada Selasa.

Jangka waktu 24 jam yang menakjubkan menyaksikan majoriti ahli Parlimen Britain menolak untuk menyokong perjanjian tersebut.

May yang juga pemimpin Parti Konservatif tewas dengan majoriti 230 undian yang mana 432 tidak bersetuju dengan pakej Brexit manakala 202 bersetuju.

Dalam undian tidak percaya terhadapnya semalam, May terus 'kebal' apabila seramai 326 anggota perundangan Konservatif menolak usul itu sekali gus menyokongnya.

Tetapi, 306 lagi menyokong usul itu yang menandakan mereka menentang kepimpinannya.

Pengkritik percaya May hanya terselamat kerana sebelum ini beliau pernah mengumumkan akan meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum 2022.

Sejurus selepas keputusan diumumkan, May menekankan keazamannya untuk meneruskan usaha mendapatkan sokongan pelan Brexit.

Penolakan usul Brexit di Parlimen memaksa May untuk menangguhkan pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah (EU) pada 29 Mac dan membuka pilihan lain termasuk pungutan suara kedua untuk meninggalkan EU tanpa sebarang perjanjian. - Agensi

Artikel Berkaitan: