Radin lelong kasut bantu golongan memerlukan

Radin mengumumkan untuk mengadakan lelongan amal di Instagram miliknya.
Radin mengumumkan untuk mengadakan lelongan amal di Instagram miliknya.
A
A
A

SHAH ALAM - Pelbagai inisiatif dilakukan pelbagai pihak termasuk selebriti bagi membantu golongan terkesan akibat pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penyampai radio Era, Radin Amir Effendi menerusi Instagramnya berhasrat untuk melelong koleksi kasutnya untuk tujuan membantu golongan memerlukan.

“Saya terfikir untuk melelong sebahagian daripada koleksi kasut saya dan 100 peratus hasil jualan akan disumbangkan kepada yang memerlukan,” katanya.

Radin berkata, hasil lelongan tersebut akan digunakan juga untuk membeli keperluan asas seperti sanitiser dan topeng muka buat petugas barisan hadapan.

“Saya bukan kaya tapi saya pernah merasa tiada,” tambahnya lagi.

Rata-rata netizen memuji tindakan murni Radin ini dengan meninggalkan komen pada hantaran tersebut.

“Alhamdulillah, semoga ALLAH murahkan rezeki dan permudahkan segala urusan Radin,” komen pengguna Instagram @Ridhwan Nazrin.

Hantaran itu mendapat 103,979 tontonan sejak semalam.

Artikel Berkaitan: