X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: KKM beri amaran kes meningkat dua minggu akan datang

Dr Noor Hisham
A
A

PUTRAJAYA- [KEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi amaran kemungkinan berlaku peningkatan kes dalam tempoh dua minggu akan datang.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia berikutan aktiviti pengesanan kes masih giat dilakukan KKM.

"KKM melakukan pengesanan kes terutama ke atas rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara dan lokaliti yang terlibat di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)," katanya.

Menurutnya, penurunan jumlah kes harian yang dilihat sejak kebelakangan ini adalah hasil tindakan proaktif dan agresif yang dijalankan dalam tempoh dua minggu lalu.

"Terima kasih kepada barisan hadapan termasuk Angkatan Tentera Malaysia, polis," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata, perancangan hari ini akan dapat dinilai hasilnya dalam tempoh dua minggu akan datang.

"Saya mohon kepada semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama menjayakan usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 ini," katanya.

Ditanya mengenai Lembah Pantai masih lagi disenaraikan sebagai kes positif tertinggi jangkitan wabak itu di negara ini, Dr Noor Hisham berkata, kepadatan penduduk di kawasan itu merupakan faktor utama penyumbang peningkatan kes.

"Kita telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Menara City One, Malayan Mansion, Selangor Mansion dan Masjid India.

"Kementerian masih lagi melakukan pengesanan aktif di kawasan berkenaan dan berharap tiada kluster baharu direkodkan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!