Nasib golongan veteran ATM tetap dapat perhatian

Antara pengunjung yang tidak melepaskan peluang mendapatkan tandatangan daripada Mat Sabu dalam sesi walkabout di Pasar Malam Sungai Koyan petang tadi.
Antara pengunjung yang tidak melepaskan peluang mendapatkan tandatangan daripada Mat Sabu dalam sesi walkabout di Pasar Malam Sungai Koyan petang tadi.
A
A
A

LIPIS - Nasib golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tetap mendapat perhatian dengan penambahbaikan yang dilakukan dalam segala program membantu golongan terbabit di negara ini.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, PH tidak pernah menghentikan segala program bagi membantu golongan terbabit yang dilaksanakan oleh kerajaan BN sebelum ini.

Menurutnya, kerajaan meneruskan semua hak-hak veteran itu termasuk bantuan perubatan, hospital dan bantuan sara hidup.

"Semua diteruskan. Saya gerakkan juga

Majlis Veteran Angkatan Tentera," katanya ketika ditemui selepas sesi walkabout bertemu orang ramai di Pasar Malam Sungai Koyan, hari ini.

Hadir sama sama, Menteri Kewangan,Lim Guan Eng dan calon PH, M Manogaran yang bertanding di PRK Cameron Highlands.

Beliau mengulas hal tersebut selepas bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meluahkan keresahan terhadap golongan tersebut ketika perjumpaan bersama veteran terbabit di Felda Sungai Koyan 1, pagi tadi.

Artikel Berkaitan: