Covid-19: Tiada kematian direkodkan hari ini

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah -Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Buat julung-julung kalinya pada gelombang kedua pandemik Covid-19, Malaysia mencatatkan sifar kematian.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media sebentar tadi.

"Sukacitanya tiada kes kematian direkodkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat CPRC Kebangsaan hari ini.

"Oleh itu, sehingga pukul 12 tengah hari ini jumlah kematian kekal 89 kes," katanya.

Menurutnya, pertambahan kes turut merekodkan bilangan kes harian yang paling rendah setakat ini dengan 36 kes baharu dilaporkan.

"Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini sebanyak 5,425 kes dengan 2,041 kes masih dirawat di hospital," katanya.

Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 45 sedang dirawat di Unit rawatan rapi (ICU) dan 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 98 kes telah telah pulih dan dibenarkan discaj.

Artikel Berkaitan:

"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah 3,295 kes bersamaan dengan 60.74 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.