Bomba berdepan halangan padam kebakaran hutan 50 hektar

JBPM Selangor berdepan kesukaran bagi melaksanakan kerja pemadaman kebakaran hutan dianggarkan seluas 50 hektar di kompartmen 21 Hutan Simpan Kuala Langat Selatan, di sini. - Foto Ihsan Facebook Pangkalan Udara JBPM Subang
JBPM Selangor berdepan kesukaran bagi melaksanakan kerja pemadaman kebakaran hutan dianggarkan seluas 50 hektar di kompartmen 21 Hutan Simpan Kuala Langat Selatan, di sini. - Foto Ihsan Facebook Pangkalan Udara JBPM Subang
A
A
A

KUALA LANGAT - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berdepan beberapa halangan untuk melaksanakan kerja pemadaman kebakaran hutan dianggarkan seluas 50 hektar di kompartmen 21 Hutan Simpan Kuala Langat Selatan, di sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, antara halangan dihadapi termasuk tiada laluan kenderaan ke lokasi dan tiada sumber air.

Menurutnya, pihaknya juga berdepan kesukaran akibat cuaca panas, kering dan berangin bagi melaksanakan kerja pemadaman kebakaran dipercayai berlaku sejak beberapa hari lalu.

“Satu pasukan peninjau telah digerakkan pagi tadi (semalam) ke lokasi kerana tiada laluan masuk kenderaan dan tiada sumber air.

“Seramai 40 anggota dan enam pegawai kanan bersama logistik serta peralatan pemadaman juga telah digerakkan ke lokasi,” katanya.

Hafisham berkata, setelah menerima laporan berhubung kebakaran hutan tersebut, satu mesyuarat dengan pelbagai agensi diadakan semalam.

Katanya, tindakan awal diambil pihaknya termasuk melakukan sekatan kebakaran dengan menggunakan dua unit jengkaut.

“Kerja- kerja pemadaman dilaksanakan di sekitar gigi api bagi mengawal kemerebakan ke kawasan tapak pelupusan sampah,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada Mac lalu dilaporkan, kebakaran berlaku di hutan sama melibatkan kawasan seluas 35 hektar.

Operasi sebelum ini melibatkan beberapa agensi itu turut menggunakan kaedah pengeboman air bagi mempercepatkan pemadaman kebakaran.