1,300 individu telah jalani saringan Covid-19 di KPJ Ampang Puteri

Petugas-petugas KPJ Ampang Puteri sedang membuat saringan Covid-19 pandu lalu di KPJ Ampang Puteri hari ini. Pandu lalu saringan Covid-19 KPJ Ampang telah beroperasi sejak 30 Mac 2020. - Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Petugas-petugas KPJ Ampang Puteri sedang membuat saringan Covid-19 pandu lalu di KPJ Ampang Puteri hari ini. Pandu lalu saringan Covid-19 KPJ Ampang telah beroperasi sejak 30 Mac 2020. - Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

AMPANG – Seramai 1,300 individu telah menjalani saringan koronavirus (Covid-19) di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri sejak 18 Mac lalu sehingga semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Ampang Puteri, Muhammad Badri Hussin berkata, pihaknya juga menawarkan perkhidmatan pandu lalu ujian Covid-19 bagi membantu orang ramai mendapatkan pemeriksaan saringan virus itu.

“Pemeriksaan hanya dalam tempoh lima minit untuk menguji setiap individu menerusi laluan itu dengan keputusan siap dalam masa 24 jam hingga 48 jam.

"Kami menganggarkan seramai 60 hingga 80 individu menjalani saringan secara pandu lalu dalam tempoh sehari,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Muhammad Badri berkata, perkhidmatan yang itu ditawarkan sebagai langkah membantu meringankan bebanan hospital kerajaan berikutan permintaan yang semakin tinggi daripada masyarakat untuk melakukan ujian Covid-19.

“Seramai 10 kakitangan yang terdiri daripada jururawat dan pegawai perubatan yang lengkap memakai peralatan perlindungan diri (PPE) bersedia menjalankan saringan Covid-19.

“Ujian pandu lalu beroperasi pada Isnin hingga Jumaat bermula jam 9 pagi hingga 11 pagi dan 2 petang hingga 3 petang. Pada 18 April lalu, kami telah menyediakan perkhidmatan ini juga pada hari Sabtu dari 9 pagi hingga 11 pagi,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Komiti Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit KPJ Ampang Puteri, Doktor Mazlin Mohd Baseri berkata, pihaknya akan memaklumkan keputusan saringan kepada individu berkenaan melalui e-mel atau panggilan telefon.

Artikel Berkaitan:

"Keputusan itu akan diserahkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah untuk tindakan lanjut jika individu itu didapati positif Covid-19,” katanya.