PKP masih berjalan tanpa kelonggaran: Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media di bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media di bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA – Orang ramai diingatkan bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah memasuki fasa ketiga ketika ini masih berjalan tanpa sebarang kelonggaran.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan itu semua rakyat diminta supaya mematuhi semua arahan ditetapkan dalam tempoh tersebut.

“Saya nampak (orang ramai) macam sudah rileks sikit, seolah-olah PKP sudah tamat kerana (sekarang ini) ramai yang keluar.

“Jadi, sekali lagi saya ingin ingatkan supaya mematuhi arahan PKP dan tidak keluar dari rumah kecuali atas urusan kecemasan,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.

Anggota polis dan tentera melakukan sekatan jalan raya.
Anggota polis dan tentera melakukan sekatan jalan raya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, situasi itu dapat dilihat apabila jumlah individu yang ditahan kerana ingkar PKP semakin menunjukkan peningkatan ketara sejak beberapa hari lalu.

Sehubungan itu, Ismail Sabri mengulangi pendirian bahawa tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini lebih tegas dan keras.

“PDRM telah menangkap 1,174 individu berbanding 1,111 individu hari sebelumnya kerana ingkar PKP, merangkumi 1,012 individu yang direman dan 162 individu dijamin polis,” katanya.

Artikel Berkaitan: