X

Kindly register in order to view this article
!

Menteri Agama akan buat ketetapan cuti Aidilfitri: Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media di bangunan Perdana Putra hari ini. -fotoBERNAMA
A
A

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan berbincang dan membuat ketetapan berhubung cuti Hari Raya Aidilfitri tahun ini, sama ada ditangguhkan atau sebaliknya.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan menyerahkan perkara itu kepada menteri berkenaan untuk membuat keputusan.

“Semua akan diputuskan oleh Menteri Agama (Dr Zulkifli), (beliau) akan bincang (dengan pihak berkaitan) bukan sahaja dari segi cuti raya tetapi juga solat tarawih.

“Jadi kita tunggu dululah, kita puasa dahulu sebelum raya,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama kerajaan mempertimbang untuk menangguhkan cuti sambutan Aidilfiti tahun ini seperti mana yang telah diputuskan Indonesia.

Terdahulu, Indonesia yang mempunyai umat Islam teramai di dunia mengumumkan cuti Hari Raya ditangguh ke 28 hingga 31 Disember ini, berbanding 26 hingga 29 Mei bagi mengelakkan orang ramai mudik atau balik kampung.

Langkah itu diambil bagi mengatasi berlakunya penularan wabak koronavirus (Covid-19).


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!