Bosan duduk rumah alasan 16 warga Nepal main futsal

16 warga Nepal yang ditahan ketika bermain futsal petang semalam.
16 warga Nepal yang ditahan ketika bermain futsal petang semalam.
A
A
A

KEPALA BATAS - Bosan kerana terlalu lama duduk di rumah antara alasan yang diberikan oleh 16 lelaki warganegara Nepal yang ditahan polis kerana bermain futsal dalam sebuah gudang terbuka di Pekan Darat di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mereka yang sedang leka bermain itu ditahan ketika polis membuat rondaan dan pemantauan Ops Covid-19 berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian penularan koronavirus (Covid-19).

Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPU untuk tindakan lanjut.
Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPU untuk tindakan lanjut.

"Mereka tahu mengenai PKP yang sedang dikuatkuasakan ketika ini namun memberikan alasan tidak munasabah dengan berkumpul beramai-ramai. Selain 16 lelaki warga Nepal, pemantauan yang dilakukan di sekitar SPU semalam turut menahan lapan lelaki warga Myanmar yang sedang melepak.

"Walaupun PKP telah memasuki fasa ketiga, masih ada yang degil terutama warga asing dengan bermain bola, melepak dan keluar berjumpa rakan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Noorzainy berkata, pemantauan turut dilakukan di beberapa lokasi lain seperti di sekitar Kepala Batas, Butterworth, Mak Mandin, Sungai Dua dan Seri Pinang di sini.

Katanya, turut ditahan 10 lelaki warga tempatan yang gagal memberikan alasan munasabah berada di luar rumah.

"Semua yang ditahan berusia antara 27 tahun dan 46 tahun dan semakan dibuat mendapati ada di kalangan mereka yang mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Artikel Berkaitan: