Kadir Jasin beri keterangan di Bukit Aman

Datuk A Kadir Jasin
A
A

KUALA LUMPUR - Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin memberi keterangan kepada polis di Bukit Aman, di sini, hari ini berhubung tulisannya mengenai pertabalan Sultan Kedah, 30 Oktober tahun lalu.

Katanya, ia merupakan kali kedua beliau disiasat bersabit tulisannya yang menyentuh mengenai Raja-raja.

"Saya tiada masalah disiasat kerana ada ilmu yang boleh dipelajari ketika disiasat dan pencerahan yang boleh saya bagi kepada pegawai penyiasat ketika mereka menyiasat.

"Terima kasih banyak-banyak kepada peguam Haniff Khatri dan terima kasih kepada semua," katanya dipetik menerusi blog miliknya, The Scribe hari ini.

Menurutnya, beliau dimaklumkan pegawai penyiasat bahawa terdapat 14 aduan dibuat bersabit hasil tulisannya mengenai Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Majlis pertabalan Sultan Sallehuddin diadakan di Alor Setar, Kedah pada 22 Oktober lalu.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia