Sultan Pahang berkenan ke majlis kesyukuran

Al-Sultan Abdullah berangkat ke majlis kesyukuran dan doa selamat Sempena Istiadat Pemasyhuran Sultan Pahang keenam di Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan, Pahang di sini, hari ini.
Al-Sultan Abdullah berangkat ke majlis kesyukuran dan doa selamat Sempena Istiadat Pemasyhuran Sultan Pahang keenam di Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan, Pahang di sini, hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah hari ini berkenan berangkat ke majlis kesyukuran dan doa selamat bersempena istiadat pemasyhuran baginda sebagai Sultan Pahang Keenam di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, di sini hari ini.

Turut berangkat sama Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Keberangkatan Al-Sultan Abdullah kira-kira jam 7 malam ke masjid berkenaan disambut Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, ahli-ahli mesyuarat kerajaan negeri dan rakyat yang tidak mahu melepaskan peluang bersalaman dengan baginda.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib, solat hajat memohon kesejahteraan Al-Sultan Abdullah, bacaan tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman diikuti dengan jamuan.

Baginda juga turut bertemu rakyat ketika menikmati santapan yang membuatkan rakyat teruja dan seronok di samping tidak melepas peluang bergambar dengan Al-Sultan Abdullah.

Sebelum berangkat pulang, baginda turut menunaikan solat Isyak dan bersalaman dengan rakyat yang hadir selepas solat Isyak.

Artikel Berkaitan: