Tidak ambil serius PKP, tangkapan meningkat mendadak di Sabah

Tangkapan individu ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meningkat mendadak di Sabah dalam tempoh lima hari PKP fasa ketiga.
Tangkapan individu ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meningkat mendadak di Sabah dalam tempoh lima hari PKP fasa ketiga.
A
A
A

TAWAU - Tangkapan individu ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meningkat mendadak di Sabah dalam tempoh lima hari PKP fasa ketiga sekali gus menunjukkan masih ramai tidak mengambil serius arahan pihak berkuasa.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass berkata, Sabah merekodkan tangkapan 525 individu sepanjang tempoh itu berbanding 282 tangkapan dalam tempoh dua minggu PKP fasa kedua.

Katanya, dalam tempoh lima hari PKP fasa ketiga itu juga menyaksikan 143 kertas siasatan dibuka berbanding 163 sepanjang dua minggu PKP fasa kedua.

"Polis serius untuk menghentikan sebarang rantaian koronavirus (Covid-19), cukup masa untuk memberi nasihat dan semua penduduk sudah tahu mengenai PKP.

"Saya mengarahkan jika perlu mengeluarkan Black Maria, lakukan tangkapan kepada yang ingkar PKP, jumpa, tangkap," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau di sini hari ini.

Setakat ini katanya, seramai 905 individu ditangkap sejak PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac lepas.

Sementara itu, Zaini berkata, pihaknya turut meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan Indonesia dan Filipina bagi menghalang cubaan kemasukan warga asing ke negara ini.

Menurutnya, langkah itu diambil bagi mengelak berlakunya penularan Covid-19 di negara ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: