Lelaki Amerika nyanyi lagu Negaraku, titip semangat buat Malaysia

Hantaran Leon pada Facebook miliknya
Hantaran Leon pada Facebook miliknya
A
A
A

WASHINGTON - Seorang lelaki warga Amerika Syarikat menarik perhatian warganet kerana fasih bertutur dan menyanyi dalam bahasa Melayu.

Leon J Muffett turut berkongsi video kebolehannya menyanyi lagu Negaraku di Facebook miliknya sehingga dikongsi lebih 10,000 kali.

“Selamat malam sahabat-sahabatku di Malaysia, selamat datang ke rumahku. Pada waktu dunia kita ini penuh dengan masalah dan kesusahan luar biasa, tujuan saya adalah untuk menambah semangat anda semua,” katanya.

Muffet juga mengakui sudah menganggap dirinya sebagai anak angkat Malaysia.

“Negara yang indah dan damai, aman sentosa, negaraku juga,” tambahnya sambil meletakkan tangan di dada.

Dia kemudiannya mengajak warganet berdiri dan menyanyikan lagu Negaraku.

Video berkenaan mendapat 213,000 tontonan, 3,400 komen.

Artikel Berkaitan: