X

Kindly register in order to view this article
!

'Disiplinkan diri, elak gelombang kedua Covid-19'

Tuanku Syed Faizuddin
A
A

KANGAR - Rakyat perlu bersedia dan mendisiplinkan diri jika kerajaan melonggarkan atau menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya rakyat turut bersedia mengharungi norma baharu kehidupan apabila PKP ditamatkan.

Baginda turut memberi contoh rakyat Sweden yang tidak perlu melalui perintah berkurung atau kawalan pergerakan kerana mereka serius mematuhi nasihat kerajaan.

"China pula mempunyai sistem pengurusan dan kawalan ketat terhadap rakyatnya. Ini dua situasi berbeza yang harus dilihat dan bermuhasabah bersama terhadap bagaimana kesediaan rakyat negara ini," titah baginda di sini semalam.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah demikian sebagai mengulas sekiranya kerajaan melonggarkan PKP di beberapa negeri zon hijau di Utara jika tiada lagi kes baru Covid-19 dicatatkan berterusan lebih 14 hari.

Baginda berkenan menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"MKN sudah pasti mengkaji serta memperhalusi pelbagai aspek atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi lain sebelum membuat pengisytiharan baharu sama ada PKP dihentikan atau lebih lama lagi," titah baginda.

Baginda yakin kerajaan bukan hanya perlu mempertimbangkan berdasarkan data semata-mata, malah mengambil kira kesediaan mentaliti rakyat untuk pasca PKP.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, persediaan syarikat, perusahaan, perbankan dan lain-lain sektor juga perlu diberi perhatian.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!