Netizen ucap selamat hari lahir kepada Dr Noor Hisham

Antara ucapan selamat ulang tahun kepada Dr Noor Hisham pada sidang akhbar KKM tadi.
Antara ucapan selamat ulang tahun kepada Dr Noor Hisham pada sidang akhbar KKM tadi.
A
A
A

PUTRAJAYA - Situasi wabak pandemik koronavirus (Covid-19) di Malaysia pada hari ini masih menunjukkan perkembangan yang baik apabila mencapai kes yang sembuh sebanyak 3,197 kes.

Perkara itu diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melalui sidang akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi.

Namun apa yang menarik perhatian adalah ruangan komen siaran langsung berkenaan apabila rata-rata netizen mengucapkan selamat ulang tahun kepada Dr Noor Hisham.

Pengguna Facebook dikenali Kumaran Thangarajah berkata, “Selamat ulang tahun Dr Hisham, semoga Tuhan sentiasa merahmatimu."

Nur Hidayah Abj pula berkata, "Selamat ulang tahun Dato, semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia."

Antara ucapan selamat ulang tahun kepada Dr Noor Hisham pada sidang akhbar KKM tadi.
Antara ucapan selamat ulang tahun kepada Dr Noor Hisham pada sidang akhbar KKM tadi.

Bukan sahaja ruangan komen, malah wakil media yang berada di sana juga turut menyanyikan lagu selamat hari lahir kepada beliau sejurus mengakhiri ucapannya.

Menyedari perkara itu, Dr Noor Hisham memandang ke arah wakil media dan membalasnya dengan senyuman.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, hari lahir Dr Noor Hisham adalah pada 21 April ini.

Siaran langsung sidang akhbar KKM itu mendapat 2,273 perkongsian semula dan 460,000 tontonan.