'Kerajaan ada dua pilihan sebelum henti PKP'

 Dr Mohamad Khir Toyo
Dr Mohamad Khir Toyo
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan perlu mengkaji dengan lebih terperinci sebelum membuat sebarang keputusan berhubung proses menghentikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu.

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berkata, kerajaan mempunyai dua pilihan bagi menghentikan pelaksanaan PKP iaitu melakukannya secara keseluruhan dengan membuka semua larangan atau melaksanakannya secara berperingkat.

"Bagi saya, menghentikan secara berperingkat adalah yang terbaik, soalnya kawasan manakah dan sektor manakah yang boleh didahulukan?

"Oleh itu, kerajaan mesti membuat kajian terperinci dan mempunyai alasan yang sangat kukuh untuk membuat keputusan sebelum menghentikan PKP ini," katanya menerusi Facebook hari ini.

Sebelum ini, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan PKP bagi fasa ketiga sehingga 28 April dalam usaha memutuskan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: PKP dilanjutkan hingga 28 April ini

Dalam pada itu, Mohamad Khir berkata, menteri serta timbalan menteri juga perlu mencari penyelesaian berhubung perkara ini.

Artikel Berkaitan: