Hormati kuasa Agong pilih mufti: Ahmad Marzuk

Ahmad Marzuk Shaary
Ahmad Marzuk Shaary
A
A
A

KOTA BHARU - “Hormat kuasa Yang di-Pertuan Agong pilih mufti," demikian tegas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berhubung kewujudan petisyen bagi pemilihan Mufti Wilayah Persekutuan.

“Satu budaya yang sangat tidak sihat berlaku apabila adanya undi sokongan dan petisyen serta sebagainya, itu bukan amalan biasa.

“Kita harap perkara begitu boleh dihentikan kerana melibatkan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan kepada Pondok Pasir Tumboh di Pejabat Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) di sini hari ini.

Beliau berkata, setakat ini belum ada keputusan untuk memutuskan mana-mana calon yang sesuai dan meminta semua pihak supaya menghormati hak Yang di-Pertuan Agong untuk melantik mufti berkenaan.

Sebelum ini, satu petisyen diwujudkan bagi menyatakan sokongan kepada pendakwah bebas, Habib Ali Zaenal Abedin al-Hamid supaya dilantik untuk menjawat jawatan itu.

Lantikan perlu dilakukan bagi menggantikan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad yang dilantik ke jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Artikel Berkaitan: