Lebih 18,000 peniaga guna FPX untuk pembayaran online

FPX
FPX
A
A
A

LEBIH 18,000 peniaga dalam talian di Malaysia termasuk 10 platform dan peruncit e-dagang terkemuka menawarkan pembayaran secara dalam talian yang lebih mudah kepada pelanggan mereka menerusi gerbang pembayaran pertukaran proses kewangan (FPX).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), Peter Schiesser berkata, ini menunjukkan FPX menjadi kaedah pembayaran pilihan bagi kebanyakan peniaga dalam talian.

“Pelanggan boleh mengeluarkan dana daripada akaun simpanan, semasa dan kad kredit mereka apabila membuat pembayaran menerusi FPX di saluran perbankan internet daripada 29 bank yang terlibat dengan FPX.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) Peter Schiesser menyampaikan hadiah kepada pemenang utama peraduan 'FPX and Win! ' Nurul Fatin Mohd Zulkafli dalam majlis tersebut. - Foto Bernama
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) Peter Schiesser menyampaikan hadiah kepada pemenang utama peraduan 'FPX and Win! ' Nurul Fatin Mohd Zulkafli dalam majlis tersebut. - Foto Bernama

“FPX merekodkan 149 peratus peningkatan jumlah transaksi antara Ogos hingga Oktober 2018, melibatkan lebih 26 juta transaksi berbanding tempoh sama pada 2017,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu pemenang peraduan “FPX and Win!” yang berlangsung dari 1 Ogos hingga 31 Oktober 2018 menerima hadiah masing-masing hari ini bernilai RM400,000 termasuk dua kereta Honda Civic selain baucar membeli-belah bernilai RM50,000.

Pemenang hadiah utama, Mohd Azwan Shah Abdul dan Nurul Fatin Mohd Zulkafli masing-masing menang dalam penyertaan mereka selepas membuat pembayaran menerusi FPX di aplikasi telefon bimbit Shopee dan laman web e-Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Paynet merupakan rangkaian pembayaran dan infrastruktur berpusat bagi pasaran kewangan yang menawarkan FPX, gerbang pembayaran internet terus kepada bank yang antara lain memudahkan pembayaran di internet dan pembelian e-dagang menggunakan akaun simpanan dan semasa. - Bernama

Artikel Berkaitan: