Covid-19: Lahad Datu kini zon merah

Jumlah pecahan kes mengikut negeri dan daerah.
Jumlah pecahan kes mengikut negeri dan daerah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Daerah Lahad Datu di Sabah kini dikategorikan sebagai zon merah Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan zon itu kepada 30 kawasan setakat jam 12 tengah hari semalam, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM).

Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsi melalui media sosial rasmi KKM hari ini, daerah itu merekodkan 42 kes positif Covid-19.

Lahad Datu ialah daerah ketiga di Sabah dikategorikan zon merah selepas Kota Kinabalu dan Tawau.

Sementara itu, Lembah Pantai di Kuala Lumpur terus menjadi kawasan tertinggi positif Covid-19 iaitu sebanyak 613 kes, diikuti dengan Hulu Langat dan Petaling di Selangor, masing-masing merekodkan 445 dan 373 kes.

Jumlah pecahan kes mengikut negeri dan daerah.
Jumlah pecahan kes mengikut negeri dan daerah.

Zon merah mewakili jumlah positif Covid-19 melebihi 41 kes, zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau tiada kes.

Negeri Selangor masih mencatat bilangan kes positif Covid-19 tertinggi iaitu 1,340 kes.

Berikut adalah senarai penuh lokasi zon merah seluruh Malaysia:

Artikel Berkaitan:

Perak

Hilir Perak - 65

Kinta - 94

Selangor

Sepang - 70

Petaling - 373

Hulu Langat - 445

Gombak - 144

Klang - 173

Hulu Selangor - 50

Kuala Lumpur

Cheras - 85

Kepong - 153

Lembah Pantai - 613

Titiwangsa - 134

Putrajaya - 55

Negeri Sembilan

Seremban - 304

Rembau - 53

Melaka

Jasin - 68

Melaka Tengah - 51

Pahang

Kuantan - 116

Jerantut - 72

Johor

Batu Pahat - 53

Kluang - 222

Johor Bharu - 191

Muar - 47

Kulai - 45

Kelantan

Kota Bharu - 90

Sarawak

Kuching - 257

Kota Samarahan - 61

Sabah

Tawau - 81

Kota Kinabalu - 44

Lahad Datu - 42

Jumlah 4,251 - Bernama