Tiada solat tarawih di NS sepanjang PKP

Kerajaan negeri memutuskan untuk tidak membenarkan solat sunat tarawih di masjid dan surau di seluruh negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Kerajaan negeri memutuskan untuk tidak membenarkan solat sunat tarawih di masjid dan surau di seluruh negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan negeri memutuskan untuk tidak membenarkan solat sunat tarawih di masjid dan surau di seluruh negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, keputusan tersebut dibuat berdasarkan keputusan kerajaan Persekutuan bagi menangani penularan wabak Koronavirus (Covid-19).

"Masyarakat digalakkan melakukan solat sunat tarawih di rumah masing-masing bersama ahli keluarga.

"Jika PKP tidak dilanjutkan iaitu selepas 27 April ini, kita akan melihat kepada saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum keputusan lanjut dibuat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Tambahnya, masyarakat masih boleh menjalani ibadah solat terawih di tempat masing-masing dengan tidak mendedahkan diri kepada risiko penularan Covid-19.

Umat Islam dijangka mula menjalani ibadah puasa pada 24 April bersamaan 1 Ramadan namun tempoh PKP dilanjutkan 28 April iaitu bersamaan 5 Ramadan.

Artikel Berkaitan: