Korban Covid-19 meningkat lebih 160,000

Jumlah korban koronavirus (Covid-19) di seluruh dunia terus meningkat hari ini, menyaksikan 160,518 nyawa terkorban
Jumlah korban koronavirus (Covid-19) di seluruh dunia terus meningkat hari ini, menyaksikan 160,518 nyawa terkorban
A
A
A

ANKARA - Jumlah korban koronavirus (Covid-19) di seluruh dunia terus meningkat hari ini, menyaksikan 160,518 nyawa terkorban, menurut Johns Hopkins University lapor agensi berita Anadolu.

Sementara jumlah kes jangkitan dan pesakit pulih pula masing-masing berjumlah 2,328,124 dan 594,192.

Amerika Syarikat (AS) terus menjadi negara paling teruk diancam virus maut itu dengan kes jangkitan sebanyak 734,550 dan korban melebihi 38,830 kematian.

Diikuti Itali mencatatkan bilangan kematian kedua tertinggi dengan 23,227 manakala Sepanyol merekodkan kes jangkitan kedua paling banyak iaitu melebihi 194,410.

Virus maut itu telah merebak ke 185 negara sejak pertama kali muncul di China pada Disember. - Bernama

Artikel Berkaitan: