Kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia cecah 157,539

Amerika Syarikat merupakan negara yang paling teruk terjejas dengan jumlah 37,659 kematian dan 716,883 kes jangkitan.
Amerika Syarikat merupakan negara yang paling teruk terjejas dengan jumlah 37,659 kematian dan 716,883 kes jangkitan.
A
A
A
PARIS- Jumlah kematian dunia akibat wabak koronavirus (Covid-19) terus meningkat kepada 157,539 orang setakat 7 petang semalam.

Sementara itu, lebih daripada 2,289,500 kes dilaporkan di 193 negara dan wilayah sejak virus itu mula dikesan di China pada hujung Disember lalu.

Daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya 502,600 pesakit sudah sembuh.

Amerika Syarikat merupakan negara yang paling teruk terjejas dengan jumlah 37,659 kematian dan 716,883 kes jangkitan.

Diikuti Itali dengan 23,277 kematian dan 175,925 kes, Sepanyol 20,043 kematian dan 191,726 kes, Perancis 19,323 kematian dan 151,793 kes dan Britain 15,464 kematian dan 114,217 kes.

Di China pula tidak termasuk Hong Kong dan Macau sehingga semalam mengisytiharkan 4,632 kematian dan 82,719 kes.

Benua Eropah mencatatkan 1,136,742 kes dan 100,505 kematian terkini, sementara Amerika Syarikat (AS) dan Kanada merekodkan 750,063 kes dengan 39,165 kematian.

Di Asia pula sehingga semalam, mencatatkan 160,468 kes dengan 6,882 kematian, Asia Barat 121,378 kes dengan 5,465 kematian, Amerika Latin dan Caribbean merekodkan 92,445 kes dengan 4,384 kematian, Afrika 20,577 kes dengan 1,052 kematian dan Oceania 7,835 kes dengan 86 kematian. - AFP

Artikel Berkaitan: