Ajal si penghantar makanan

Motosikal mangsa diseret sejauh 9.8meter dalam kemalangan yang membabitkan sebuah lori di Simpang Empat Taman Bidara Permai Pengkalan Balak, Masjid Tanah di sini, petang tadi. (Gambar kecil:Muhammad Salman)
Motosikal mangsa diseret sejauh 9.8meter dalam kemalangan yang membabitkan sebuah lori di Simpang Empat Taman Bidara Permai Pengkalan Balak, Masjid Tanah di sini, petang tadi. (Gambar kecil:Muhammad Salman)
A
A
A

ALOR GAJAH - Seorang penghantar makanan maut dipercayai diseret sejauh 9.8 meter dalam kemalangan membabitkan sebuah lori di Simpang Empat Taman Bidara Permai Pengkalan Balak, Masjid Tanah di sini.

Muhammad Salman Nor Tazah, 19, yang menunggang motosikal jenis EX5 dipercayai baru selesai menghantar makanan di kawasan sekitar berkenaan kira-kira jam 1 petang.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintenden, Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati lori muatan udang itu dalam perjalanan dari arah Masjid Tanah menghala ke simpang empat Taman Bidara Permai.

Menurutnya, lori berkenaan bertembung dengan motosikal mangsa yang keluar simpang dari Taman Bidara Permai menghala ke Taman Idaman.

"Akibat pertembungan itu, motosikal mangsa diseret sejauh 9.8 meter dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah," katanya di sini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: